Blog ini dibangunkan kerana melihat kesungguhan beliau dalam membangunkan Islam khususnya di Daerah Ranau dan sebagai tanda penghargaan, portal ini dibangunkan dengan mengambil nama beliau.

- Fantasi Media

Selasa, 14 Jun 2011

Terima Kasih





Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang datang bersama-sama memeriahkan rumah terbuka dan pelancaran Cahayafm tajaan Tuan Haji Saprin bin Karim dan keluarga. Dalam kesibukan mengurus persiapan sejak awal hingga akhir sudah pasti terdapat kekurangan dalam pelbagai hal terutama tidak dapat melayan sepenuhnya tetamu2 yang hadir , apa lagi beramah mesra, bertanya khabar dan sebagainya. Oleh itu, saya mewakili warga Cahayafm dan keluarga Tuan Haji Saprin bin Karim memohon berbanyak-banyak kemaafan kepada semua tetamu yang datang. Kepada rakan2 penyampai yang turut hadir, pihak media massa dan jurufoto2 yang turut sama dalam program ini ucapan terima kasih yang tak terhingga saya tujukan khusus untuk anda semua. Semoga anda diberikan balasan setimpal dari Allah SWT atas sokongan, kerjasama dan bantuan yang kalian hulurkan.

sumber;
http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/2010/09/terima-kasih_26.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan